ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota persiapkan ‘seteru’ Honda HR-V untuk pasaran Indonesia, kembar Perodua Traz/Nexis 2023 (D66B) ke?

Berita Tempatan

Views

Portal permotoran dari seberang, otodriver.com baru-baru ini melaporkan ‘ketuanan’ Honda HR-V yang kini menjadi SUV crossover paling berjaya di pasaran Indonesia ‘bakal disanggah’ oleh Toyota.

Menurut sumber yang dipercayai, Toyota kini sedang mempersiapkan ‘seteru kuat’ kepada HR-V. Model ini akan dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang menjadi asas kepada Yaris [email protected] generasi baharu.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Lebih banyak informasi atau bagaimana rupa model tersebut hanya akan diketahui tahun depan (2023). Sumber itu berkata, model tersebut bakal menggunakan nama Yaris Cross, namun buat masa ini ia hanyalah sekadar spekulasi.

Tambah sumber itu lagi, akan ada dua versi Yaris dan Yaris Cross. Versi pertama menggunakan pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA) yang dijual ke pasaran Eropah dan serantau.

Manakala Yaris dan Yaris Cross versi DNGA yang sedang dirancang ini disasarkan untuk pasaran negara membangun seperti di Indonesia atau negara dunia ketiga yang lain.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Dengan pendedahan terbaharu, ia menguatkan lagi spekulasi kami sebelum ini yang mengatakan Perodua dan Toyota sedang membangunkan sebuah SUV kompak dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) untuk segmen-B (DNGA-B).

Untuk versi Perodua, SUV dengan namakod D66B itu bakal dijana dengan enjin Dual VVT-i 1.5L untuk varian asas dan pilihan trenkuasa hibrid untuk varian andalan. Model ini dijangka menjadi pesaing terkuat kepada Proton X50.

Dalam artikel terdahuluPerusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah mendaftarkan dua nama untuk bakal model baharu, iaitu Traz dan Nexis, di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Ia bakal menjadi salah satu model Perodua yang akan dilancarkan tahun depan selain Axia serba baharu (D74A).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin

Toyota Yaris Cross

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply