ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Veloz baharu terima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP

Berita Tempatan

Views

Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) memulakan tahun 2022 dengan mengumumkan keputusan untuk model MPV terbaharu Toyota, Veloz serba baharu.

Veloz menjadi model sulung Toyota yang dinilai di bawah protokol baharu 2021-2025. MPV tujuh-tempat duduk itu berjaya menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP dengan jumlah skor keseluruhan 79.99 mata.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Berikut adalah skor bagi keputusan ujian untuk model Toyota Veloz:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 34.88 mata daripada 40.00 mata keseluruhan
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 17.17 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – 16.03 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Keselamatan Motosikal (MS) – 11.92 mata daripada 20.00 mata keseluruhan

Model ini dilengkapi dengan 6 beg udara sebagai kelengkapan standard di semua negara yang menawarkannya kecuali yang dijual di Indonesia yang menawarkan varian dengan 2 beg udara.

Selain itu, antara ciri-ciri standard Veloz adalah Brek Kecemasan Autonomi (AEB) Bandar, AEB Antara-Bandar dan Pengesan Titik Buta.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Veloz juga ditawarkan dengan Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Amaran Keluar Lorong (LDW) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA) sebagai kelengkapan pilihan untuk kesemua varian.

Menurut Ketua Pengarah MIROS yang juga merangkap Setiausaha Agung ASEAN NCAP dan Pemangku Pengerusi, Yang Berhormat Datuk Dr Khairil Anwar Abu Kassim, pihaknya kini dalam tahun kedua pelaksanaan protokol penilaian ASEAN NCAP.

Pihaknya bangga dengan Toyota kerana melengkapkan MPV terabaharu mereka dengan teknologi keselamatan yang penting bagi memastikan bukan sahaja keselamatan penumpang, bahkan juga pengguna jalan raya yang lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply