ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Vios GR Sport sudah tiba! Transmisi CVT 10-kelajuan, harga RM97,500

Berita Tempatan

Views

Buat julung kalinya, UWM Toyota Sdn Bhd membuat pengenalan global model Vios GR Sport (GR-S), yang dibangunkan di Malaysia dan menggunakan lencana Gazoo Racing Sport. Model yang dikeluarkan di Bukit Raja, Klang ini menampilkan aerokit agresif yang terdiri daripada bampar depan yang mirip GR Yaris, bampar belakang dengan diffuser, spoiler hitam di belakang serta skirting sisi dan cermin sisi berwarna hitam.

Dua pilihan warna ditawarkan, Platinum White Pearl dan Red Mica Metallic. Vios GR-S turut dihiasi dengan rim aloi 17-inci dengan saiz tayar 205/45R17. Ia turut dipasang dengan suspensi talaan sport bagi memberikan pengendalian yang lebih mantap.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Model ini masih mengekalkan enjin 1.5 liter yang digandingkan bersama 2NR-VE transmisi CVT 10-kelajuan yang boleh dikendalikan menggunakan Mod Sport dan paddle shifter. Konfigurasi terbaru ini membolehkan kereta ini menjadi lebih responsif dengan mengekalkan bacaan RPM yang tinggi untuk memberikan respon pendikit yang lebih baik secara keseluruhannya, terutamanya ketika memotong dan mula memecut.

Ruang kabin Vios GR-S dihiasi dengan latar warna hitam dan jahitan benang merah pada kerusi balutan kulitnya, sulaman logo GR pada perehat kepala, stereng tiga jejari balutan kulit, kepala tombol gear balutan kulit dan alas kaki dengan logo GR. Selain itu, butang penghidup enjin juga diberikan logo GR, sementara panel meter Optitron datang dengan jarum merah.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Paparan multi-maklumat pada skrin 4.2-inci juga datang dengan animasi GR. Menurut Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Sukan Permotoran Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama, model ini diilhamkan oleh kejayaan perlumbaan Vios Challenge dan menepati semua kriteria yang ingin diwakili oleh jenama GR.

Duta GR dan juara dua kali Vios Challenge, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel berkata Vios GR-S bukanlah sekadar perubahan kosmetik semata-mata. Tambah beliau, model ini boleh dikatakan sebagai bayangan kepada jentera lumba Vios Challenge yang diperhalusi. Vios GR-S boleh didapati secara eksklusif dari semua cawangan GR Garage dan pengedar Toyota dengan harga jualan bermula RM97,500.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply