Dua individu cedera selepas kereta dinaiki terbabas sebelum melanggar tembok di tingkat tiga kompleks beli belah di Asia City hari ini.
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
KOSMO! ONLINE melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa lelaki berusia 24 tahun dan wanita berusia 30 tahun mengalami cedera ringan apabila kereta dinaiki terjunam ke tingkat dua.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 10.56 pagi sebelum sepasukan bomba bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Laporan mendapati sebuah kereta jenis Toyota Vios terbabas di tingkat tiga tempat letak kereta lalu melanggar tembok dan terjunam ke tingkat dua.
Terdapat dua mangsa dan mereka keluar sendiri daripada kereta berkenaan dan mengalami cedera ringan. Menurutnya, mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan operasi tamat pada pukul 11.59 pagi.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Adinda Qilla
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
KOMEN TERKINI