Pada awal pengenalannya pada 2001, model kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak pertama Proton, iaitu Juara sering dikutuk kerana reka bentuk kotaknya yang agak pelik dan tidak kena dengan citarasa pengguna pada ketika itu.
Kini segalanya berubah kerana model yang berasaskan Mitsubishi Town Box itu kini mula menjadi buruan kerana ia boleh diubahsuai menjadi ‘camper‘ dan menjadi pilihan peniaga di jalan kerana ia dilengkapi pintu jenis gelangsar.
Disebabkan populasinya yang agak kurang, harga jualan Juara terpakai kini telah mencecah RM10,000 ke RM15,000 sebuah bagi yang masih dalam keadaan baik.
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
Jika anda sedang mencari Juara, kami rasa ini antara ‘barang baik’ yang patut direbut dengan segera. Sebuah Juara ‘camper‘ berwarna putih yang lengkap dengan sengkuap (awning) boleh ditarik sedang mencari tuan baharu.
Pemilik asalnya iaitu Yusairi Yahya mula mengiklankan jualan ‘Juara’nya menerusi laman group Proton Juara Communities, sejak semalam.
Yusairi yang berasal dari Wakaf Bharu, Kelantan berkata tanda harga bagi Juara putih ini adalah RM16,000 (boleh runding) dan mereka yang berminat boleh menghubungi nombor 017-980 9086.
Katanya lagi, Juara tahun 2001 ini sesuai untuk dijadikan sebagai campervan atau kendera saji (contoh – warung kopi bergerak). Enjin, kotak gear, pendingin hawa dan tingkap kuasanya juga masih berfungsi dengan baik.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Dari segi luaran, ia dicat dengan warna putih, menggunakan rim Perodua Bezza bersaiz 14-inci, sengkuap manual yang boleh ditarik sehingga 6 kaki dan ia hanya digunakan untuk pergi berkhemah dan membeli barang.
Antara pengubahsuaian yang telah dibuat adalah cermin depan dan belakang baharu, lampu depan Salutan Nano (Nano Coating), kotak gear telah dibaik pulih, balutan kusyen depan, absorber belakang, pam air, pelekap (mounting) enjin dan kotak gear serta beberapa lagi.
Pada kami harga yang ditawarkan agak berbaloi kerana tarikh akhir Juara ini diservis adalah pada Mac 2022 dan cukai jalannya tamat tempoh pada September 2023.
Setakat ini hantaran tersebut menerima respons yang sangat baik dari warganet dan sudah dikongsi lebih 62 kali. Jadi, sekiranya berminat hubungilah Yusairi cepat-cepat ye!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Yusairi Yahya
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
KOMEN TERKINI