ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Hyundai Elantra facelift mula dihantar ke bilik pameran

Foto Intipan

Views

Nampaknya Hyundai Elantra facelift bakal dilancarkan dalam masa terdekat kerana sebentar tadi rakan kami Amir Zaheen Minhaj telah berjaya mengesan kelibat sebuah treler yang sedang mengangkut model ini di lebuh raya NKVE selepas susur keluar ke Mutiara Damansara.



JOM BACA >> Kad Mesra Petronas tawar insurans kemalangan Mesra Personal Accident (PA) sehingga RM50,000 – Ini syarat-syaratnya

Kelihatan tiga unit Elantra facelift berada di bahagian tingkat bawah treler pengangkut tersebut namun tidak diketahui ke mana arah destinasinya. Kami jangka ia sedang menuju ke pusat pameran Hyundai sebagai persiapan awal majlis pelancarannya nanti.

JOM BACA >> Xiaomi perkenal kereta pertama di Shanghai Motorshow 2019

Elantra facelift tampil berwajah baharu ini dilengkapi dengan ciri keselamatan SmartSense yang canggih seperti Bantuan Mengelak Perlanggaran Hadapan dengan Pengesan Pejalan Kaki, Bantuan Kekal Lorong, Amaran Perhatian Pemandu, Bantuan Tukar Lorong dan Amaran Perlanggaran Titik Buta dengan Amaran Lintasan Belakang.

Di pasaran Amerika Syarikat ia ditawarkan dengan 3 pilihan enjin – 2.0-liter yang menjana 147 kuasa kuda, 1.4-liter turbo dengan 128 kuasa kuda dan 1.6-liter turbo yang digandingkan dengan transmisi sama ada enam-kelajuan manual atau tujuh-kelajuan dwi-klac.

Nantikan info selanjutnya!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply