ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tragedi KRI Nanggala 402 – Serpihan dan barang ditemui

Berita Global

Views

Ini adalah perkembangan mutakhir mengenai misteri kehilangan kapal selam tentera Indonesia, KRI Nanggala-402 sejak Rabu lalu. Panglima TNI Marsekal Hadi Tjahjanto berkata, kapal selam tersebut sedang berada di fasa tenggelam atau sub-sink setelah penemuan serpihan, barang dan juga tumpahan minyak.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Menurut portal CNN Indonesia, sebelum ini TNI berkata, kapal selam buatan Jerman itu masih dalam fasa terputus hubungan. Kepala Staf TNI Angkatan Laut Laksamana Yudo Margono pula menambah, serpihan-serpihan yang ditemui terapung di perairan Bali itu yang diyakini sebagai komponen kapal selam.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Katanya, antara serpihan yang ditemui adalah pelurus tiub torpedo, paip pendingin, botol berwarna jingga yang berfungsi untuk pelinciran naik turun kapal selam, sejadah yang dipakai oleh krew kapal, serta span. Beberapa serpihan dan barang yang ditemui lokasi terakhir kapal selam tersebut dikesan turut dipercayai adalah komponennya.

Tambah beliau, serpihan ini tidak akan timbul dipermukaan jika tiada tekanan atau Tentara Nasional Indonesia. Barang-barang ini juga bukan kepunyaan orang awam dan di sekitar lingkungan 10 batu tiada kapal lain yang melalui kawasan tersebut. KR Nanggala terputus hubungan semasa latihan menembak torpedo sejak Rabu lalu dan operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan,

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit ANTARA News

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply