ARKIB

KATEGORI

Buletin

Trak perdana MAN TGX serba baharu buat penampilan sulung di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Bersempena dengan Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) 2022 yang bermula hari ini, MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) memperkenalkan model perdana MAN TGX serba baharu yang dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong.

MAN TGX serba baharu tampil dengan rekaan berbumbung tinggi dan memiliki ruang pemandu paling besar di antara semua model Generasi Baharu MAN Truck. Model ini akan ditawarkan bersama model yang lebih dikenali seperti MAN TGS yang lazimnya menjadi pilihan dalam pasaran.

Dengan lebar luaran 2,440 mm, panjang 2,280 mm dan ketinggian 2,150 mm, MAN TGX serba baharu direka untuk perjalanan jarak jauh merentas sempadan yang biasanya memakan masa beberapa hari.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Kabin yang luas menawarkan ruang penyimpanan lebih daripada 520 liter, manakala ketinggian berdiri 2,100 mm memudahkan pergerakan pemandu dan juga kelindannya.

MAN TGX dikuasakan oleh enjin diesel MAN D2676 LF08 Euro V yang mampu menjana 540 kuasa kuda dan 2,500 Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan pula dengan transmisi MAN TipMatic® 12-kelajuan.

Pada November 2021, MAN menjadi pengeluar trak pertama di Malaysia yang menawarkan enjin Euro V sebagai standard untuk seluruh rangkaian produknya.

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?

Pengarah Urusan MAN Malaysia Andrew O’Brooks berkata, langkah tersebut menunjukkan azam syarikat untuk menyokong hasrat Malaysia untuk mencapai status neutral karbon menjelang 2050.

Tambah beliau, permintaan yang tinggi sejak dilancarkan hanya kira-kira empat bulan lalu menunjukkan bahawa banyak syarikat pengangkutan di Malaysia berfikiran ke hadapan terhadap alam sekitar.

Di MCVE 2022, MAN Malaysia secara rasmi menandatangani perjanjian jual beli dengan Sea Hawk Global Lines Sdn Bhd, Biforst Logistics Sdn Bhd dan Azmi Gas Sdn Bhd. Kunjungi reruai MAN Malaysia Pavilion @ Booth No M16 untuk melihat sendiri kehebatan MAN TGX serba baharu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply