ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) 2022 dibuka secara rasmi, 45 pempamer ambil bahagian

Berita Tempatan

Views

Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) 2022 edisi kelima yang bermula hari ini di Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC) telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Datuk Henry Sum Agong.

Acara yang berlangsung selama tiga hari itu menampilkan pempamer dari dalam dan luar negara serta merupakan siri ekspo kenderaan komersial pertama dan terbesar pernah diadakan di Malaysia.

Menurut Henry, Malaysia berada dalam posisi terbaik sebagai hab pengangkutan di rantau Asia Tenggara. Infrastruktur yang ada dibina untuk menangani cabaran pada masa depan ketika negara bergerak ke arah pemulihan ekonomi.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Selari dengan nilai inklusif Keluarga Malaysia, Kementerian Pengangkutan dan MCVE berazam untuk menyediakan penyelesaian yang menyeluruh, cekap, mampu milik, bersih neutral karbon dan mengurangkan kematian di atas jalan raya dengan drastik.

Penganjur MCVE 2022, Stefan Pertz berkata, penganjuran MCVE bukan sahaja meraikan inovasi dan jenama yang menyertai acara ini, malah menghargai setiap pemandu, pembekal industri, persatuan-persatuan dan pihak berkuasa.

Untuk edisi tahun ini, sebanyak 45 pempamer telah mengambil bahagian, antaranya MAN Truck & Bus sebagai Penaja Utama, Hap Seng Trucks Distribution selaku penaja, Caltex sebagai Minyak Pelincir Rasmi, selain Scania Malaysia, Volvo Trucks Malaysia, Petronas Steelbro, Hammar, CIMC, CAMC, YonMing dan Michelin.

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?

Syarikat-syarikat antarabangsa seperti Geotab, Rakan Telematik MCVE, Hengst, Mann+Hummel’s Singapura dan Drive Risk dari Australia turut menghantar wakil masing-masing. Hengst akan menaja sebuah R&R, sama seperti ruang rehat yang ada di sepanjang lebuh raya di Malaysia.

Sepanjang tempoh pandemik selama dua tahun, telah membuatkan kita lebih memahami dan menghargai pemandu bas dan trak. Justeru, MCVE ingin meraikan mereka dengan pelbagai aktiviti dengan mengajak mereka untuk turut serta bersama pempamer dan belajar tentang peralatan kerja masa depan mereka.

Pengerusi Lembaga Pengarah MIROS, Professor Dr. Wong Shaw Voon pula berkata, Malaysia akan memanfaatkan adaptasi lebih berkesan terhadap teknologi kenderaan komersial yang lebih selamat dan hijau.

Pertz turut menambah, acara pada tahun ini adalah sedikit berbeza berbanding pameran sebelum ini kerana pihaknya perlu memastikan keselamatan semua. Sungguhpun begitu, pihaknya yakin untuk menyatakan bahawa ada banyak perkara yang sedang berlaku dan boleh anda lihat di sini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply