ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda CR-V 2023 terima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP

Berita Tempatan

Views

Laman sesawang rasmi Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) telah mengumumkan keputusan ujian untuk model terbaharu Honda iaitu CR-V generasi keenam.

Ini merupakan kali yang ketiga model tersebut dinilai oleh ASEAN NCAP. Honda CR-V lulus dengan cemerlang dan telah menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP dengan jumlah skor keseluruhan 87.16 mata.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Di bawah protokol penilaian terkini ASEAN NCAP 2021-2025, kenderaan akan dinilai berdasarkan empat kategori yang merangkumi Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) dan Keselamatan Motosikal (MS).

Berikut adalah cerakinan skor bagi keputusan ujian untuk model Honda CR-V 2023:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 39.31 mata daripada 40.00 mata keseluruhan
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 17.97 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – 18.57 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Keselamatan Motosikal (MS) – 11.32 mata daripada 20.00 mata keseluruhan

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

CR-V 2023 didatangkan secara standard dengan lapan beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Antikunci (ABS), Sistem Peringatan Tali Ledar (SBR) di hadapan dan belakang, Brek Kecemasan Autonomi (AEB) Bandar, AEB Antara-Bandar, AEB Pejalan Kaki, Pancaran Lampu Tinggi Auto (AHB), Teknologi Perlindungan Pejalan Kaki dan Pengesanan Kehadiran Kanak-kanak (CPD) untuk semua varian.

SUV ini turut menawarkan teknologi bantuan keselamatan termaju sama ada standard atau pilihan seperti Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Amaran Keluar Lorong (LDW), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Pemantau Perhatian Pemandu (DAM), Visualisasi Titik Buta (BSV) pada bahagian penumpang, Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW) untuk Motosikal dan AEB untuk Motosikal.

Setakat ini CR-V 2023 masih lagi belum dilancarkan secara rasmi dan besar kemungkinan ini adalah petanda awal kemasukannya ke pasaran Malaysia. Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply