ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tukang masak maut, bungkusan atas bonet Corolla Altis meletup

Berita Tempatan

Views

Seorang tukang masak maut selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet sebuah kereta meletup berhampiran sebuah restoran di Jalan Pandan Indah 12/1, Pandan Indah, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan terdapat bunyi letupan di kejadian, jam 8.55 malam tadi.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Katanya, mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun mendapati terdapat satu bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet Toyota Corolla Altis berhampiran restoran dia bekerja.

Tambah beliau, apabila mangsa memegang bungkusan berkenaan, berlaku letupan yang dipercayai daripada bungkusan terbabit.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Mohamad Farouk berkata, mangsa yang parah pada bahagian badan dan tangan dibawa oleh orang awam ke Hospital Ampang. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia jam 9.45 malam tadi di Hospital Ampang.

Siasatan di lokasi kejadian juga menemui berapa kesan akibat letupan iaitu kesan kemek pada kereta mangsa. Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sirap Bandung

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply