ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tukang masak pandu Honda CR-V secara melulu dicekup

Berita Tempatan

Views

Tindakan seorang tukang masak yang tular memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) secara melulu, Rabu lalu membawa padah apabila dia ditahan semalam. Menurut K!ONLINE, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar berkata, suspek berusia 58 ditangkap petang hari yang sama selepas hadir membuat laporan polis ke Balai Polis Trafik Klang Selatan.

Katanya, penahanannya selepas penularan satu klip video berdurasi 17 saat yang memaparkan pemanduan sebuah SUV jenis Honda CR-V secara berbahaya dengan memotong dari arah kiri secara tiba-tiba di jalan Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Kata beliau, berdasarkan video yang tular, kejadian berlaku pukul 4.55 petang. Klip video tersebut juga memaparkan pemandu kenderaan tersebut telah secara tiba-tiba memberhentikan kenderaannya. Ini menyebabkan pemandu yang merakam video tersebut turut membrek secara mengejut.

Beliau memberitahu, suspek yang sedang bekerja telah menerima satu rakaman video berhubung kejadian itu selain menerima banyak panggilan telefon dan pesanan mesej menerusi apliksi WhatsApp. Ujar Shamsul Amar, lelaki tersebut kemudiannya telah datang ke balai polis untuk membuat laporan.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987. Terdahulu, tular video aksi sebuah SUV memandu melulu memasuki laluan bertentangan yang dipercayai menyebabkan kepala anak kepada penumpang di belakang kenderaan itu seolah-olah terhantuk kepada komponen dalam keretanya.

Ekoran kejadian itu juga tular beberapa video lagi di laman sosial Facebook memaparkan aksi dipercayai pemandu sama dengan tindakannya sebegitu dilakukan sejak 2018.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply