ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis Kedah terima 30 unit Toyota Hilux GS-Cargo untuk ganti aset lama

Berita Tempatan

Views

Polis Kontinjen Kedah hari ini telah menerima 30 unit kenderaan jenis Toyota Hilux GS-Cargo Single Cab 2.4 (MT) bernilai lebih RM4 juta bagi kegunaan pelbagai tugas di negeri tersebut. Menurut Sinar Harian, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, penyerahan aset tersebut bertujuan untuk menggantikan kenderaan melebihi usia yang digunakan dalam operasi harian.

Menurutnya, sebanyak 28 buah akan digunakan oleh kontinjen Kedah, sebuah untuk kegunaan Pulapol Langkawi manakala sebuah lagi bagi kegunaan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Langkawi. Katanya, kenderaan ini adalah untuk penugasan sekatan jalan raya, Light Strike Force (LSF), membawa mayat, mengangkut barang, aset untuk mencegah perhimpunan dan lain-lain.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Kenderaan ini juga dibekalkan dua unit pendakap (bracket) senjata, perakam digital, beg peralatan dan banyak lagi. Hilux ini juga berupaya membawa 10 orang penumpang pada satu-satu masa dan boleh digunakan di kawasan bandar termasuk di kawasan ladang.

Mengulas lanjut, beliau berkata, PDRM menerima sebanyak 400 buah kenderaan tersebut bagi kegunaan seluruh negara dan berharap akan memberikan manfaat kepada semua kontinjen dalam melakukan penugasan harian.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Tambah beliau, pihaknya juga akan menerima 240 unit van pada Jun ini yang bakal digunakan untuk membawa anggota untuk melakukan penugasan harian dan akan diserahkan secara berperingkat. Jumlah kenderaan yang dimiliki oleh PDRM adalah sebanyak 27,3007 buah dan daripada jumlah tersebut sebanyak 18,279 kenderaan telah melebihi had usia serta akan digantikan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, aset baharu tersebut akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap tugas harian yang dilakukan oleh polis. Menurutnya, banyak kenderaan yang digunakan oleh Polis Kontinjen Kedah telah melebihi had usianya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Kedah

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply