ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tular video barang dibaling pekerja syarikat kurier – SKMM akan menyiasat jika terima aduan

Tular

Views

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menjalankan siasatan jika menerima aduan berhubung penularan video dipercayai menunjukkan bungkusan barang pelanggan syarikat kurier, J&T Express (J&T) dibaling.

Menurut Berita Harian, Pengerusi SKMM, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, berkata pihaknya memerlukan bantuan dan maklumat orang awam terutama individu yang menularkan video berdurasi 31 saat itu di Facebook bagi membolehkan tindakan undang-undang dilaksanakan mengikut keperluan.

8 Kereta Sport Toyota Yang Power - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, ada kemungkinan ia video lama yang ditularkan semula. Tambahnya, tindakan undang-undang perlu melalui aduan. Rangkaian perkhidmatan kurier juga besar dan pemegang lesennya ramai.

Pihaknya akan menyiasat setelah menerima aduan dan jika didapati bersalah, tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap mereka yang terbabit. Terdahulu, seorang pengguna Facebook dikenali ‘John Tan‘ memuat naik video itu yang memaparkan beberapa bungkusan barang dibaling di hadapan premis J&T.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Pengguna Facebook itu secara sinis mengatakan barang pelanggan akan dihantar dalam keadaan selamat dan kemik. Fadhlullah berkata, pihaknya berharap orang ramai tidak sekadar memuat naik kenyataan atau video sesuatu insiden di media sosial, sebaliknya menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan susulan.

Ujar beliau, pihaknya memang membuat pemantauan, namun tidak boleh memantau semua video ditularkan di media sosial. Juseru, pihaknya harap orang ramai membuat aduan. SKMM tidak boleh mulakan siasatan berdasarkan video tular sahaja.

Beliau berkata, orang yang memuat naik video ada kalanya tiada maklumat lanjut. Media sosial ada masanya dijadikan sebagai platfrom menulis surat layang. Tambah beliau lagi, pihaknya juga perlu mengikut proses undang-undang sedia ada.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply