ARKIB

KATEGORI

Tular

Tumbuk muka pengguna jalan raya lain, pemandu Proton Saga dalam video tular ditahan polis

Tular

Views

Pemandu yang tular menumbuk beberapa kali muka seorang lelaki ketika di jalan raya dekat lampu isyarat Jalan Patau-Patau, di Labuan, 12 April lalu ditahan polis, semalam.

Suspek berusia 22 tahun itu ditahan selepas mangsa tampil membuat laporan, sejurus selepas kejadian dia ditumbuk oleh suspek terbabit. Mangsa seterusnya dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas membuat laporan polis.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Ahmad Jawila berkata, dalam kejadian itu suspek yang keluar daripada kereta bertindak menumbuk ke muka mangsa beberapa kali.

Katanya, suspek dipercayai bertindak demikian kerana marah berkaitan dengan penggunaan isyarat lampu kenderaan sebelum masuk ke jalan sebelah kanan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Akibat kejadian itu, mangsa luka di bahagian dahi, pendarahan pada hidung dan juga sakit pada bahagian mata. Kenderaan mangsa juga mengalami kerosakan. Tambah beliau, isteri mangsa turutg ada bersama pada masa kejadian, menyebabkannya ketakutan.

Ahmad berkata, pada 3.45 petang semalam, polis berjaya menangkap suspek untuk siasatan lanjut bersabit kes yang disiasat. Dengan tertangkapnya suspek terbabit, maka kes ini sudah diselesaikan.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 45 saat menunjukkan seorang lelaki keluar dari kereta lalu menuju ke kenderaan mangsa dan berlaku pertengkaran sebelum suspek didakwa menumbuk muka mangsa beberapa kali hingga cedera dan berdarah. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Wan Acai

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply