ARKIB

KATEGORI

Advertorial

Lebih 3 juta kenderaan akan guna KLK dan LPT1, ANIH Berhad keluarkan TTA untuk pengguna lebuh raya

Berita Tempatan

Views

Bersempena dengan cuti sambutan Aidilfitri, ANIH Berhad hari ini mengeluarkan Cadangan Jadual Perjalanan (TTA) untuk para pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) bermula 19 April sehingga 1 Mei 2023.

Jumlah trafik ke Pantai Timur dijangka akan mengalami peningkatan bermula dari 19 April 2023 hingga 21 April 2023.

Manakala kesesakan trafik menghala ke Kuala Lumpur pula dijangka bermula dari 24 April dan 30 April sehingga 1 Mei 2023.

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, pihaknya menjangkakan lebih 3 juta kenderaan akan menggunakan KLK dan LPT1 pada musim cuti ini.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Pihaknya juga akan membuat edaran TTA di Plaza Tol Gombak, Karak dan Bentong pada 16 April ini selain membuat hantaran di laman sosialnya sebagai rujukan pengguna lebuh raya.

ANIH Berhad akan menambah sehingga 30 peratus bilangan kakitangan sokongannya di plaza tol, serta menempatkan seramai lebih 140 anggota RELA di beberapa kawasan strategik di sepanjang lebuh raya.

Jumlah pekerja pasukan rondaan LPT dan trafik juga akan ditambah sebanyak 20 peratus selain memperbanyakkan rondaan bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang tempoh tersebut.

Para pengguna dinasihati agar memastikan baki e-Wallet dan kad Touch N’Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan sebarang masalah berkaitan baki tidak mencukupi ketika di plaza tol.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Persiapan juga dibuat sekiranya ada berlakunya kecemasan atau kejadian yang tidak diduga dengan bantuan dan kerjasama daripada pasukan Emergency Response Team (ERT) iaitu daripada pasukan St John Ambulance , bomba dan polis.

Radzimah turut menasihati para pengguna agar sentiasa memandu secara berhemah dan mematuhi saranan papan tanda jalan dan had laju yang telah ditetapkan serta arahan petugas lebuh raya.

Untuk maklumat sahih dan terkini, sila ikuti ANIH Berhad di Facebook (@Lebuhraya Pantai Timur), Twitter, (@LPTTrafik) Lembaga Lebuhraya Malaysia di Twitter (@llmtrafik) dan Facebook (@Lembaga Lebuhraya Malaysia).

Sekiranya berlaku kecemasan, sila hubungi LPT – Line di 1-700-818-700 atau LLM di 1800-88- 7752.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply