ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tumbuk pemandu e-hailing – Pemandu lori diburu

Tular

Views

Dek kerana tidak memberi laluan, seorang pemandu lori bertindak menumbuk pemandu e-hailing di Jalan Batu Caves, petang semalam. Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian berlaku sekitar 5.30 petang ketika mangsa yang berusia 38 tahun sedang membawa penumpang.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori hendak memasuki laluan hadapan kereta mangsa, namun mangsa meneruskan perjalanan seperti biasa tanpa menyedari tindakan pemandu lori itu. Setibanya di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah pasar raya di Batu Caves, mangsa menyedari lori berkenaan mengekorinya.

Katanya, ketika mangsa berhenti di lampu isyarat, secara tiba-tiba pemandu berkenaan turun dari lori dan bertindak menendang kereta mangsa di bahagian belakang dan pintu sebelah pemandu sehingga kemek. Mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki itu kemudian keluar dari keretanya dan bertanyakan tindakan lelaki berkenaan.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Pemandu lori itu terus menumbuk mangsa di bahagian muka, badan dan turut menendang di bahagian belakang dan hadapan badan. Arifai berkata, mangsa lebam di bahagian mata dan tangan, selain hidung berdarah sebelum ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Tambah beliau, pihak polis kini giat memburu pemandu lori yang terbabit dalam kejadian berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan. Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Muhammad Ekhmal Nasir Khan di talian 013-302 0385 atau 03-6126 2222.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply