ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kantoi rentas daerah untuk ‘dating’ dengan awek – Pemuda dikompaun RM5K

Berita Tempatan

Views

Seorang pemuda dikompaun RM5,000 kerana merentas daerah dari Jitra semata-mata untuk keluar bersiar-siar dengan rakan wanitanya, petang semalam.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 6.15 petang di Jalan Limbong Kapal di Alor Setar oleh Pasukan Pemantau COVID-19.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Ahmad Shukri berkata, pihaknya menahan sebuah kereta jenis Proton Prevé yang dinaiki seorang lelaki bersama rakan wanitanya dalam rondaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jelasnya, melalui semakan, pemandu kenderaan mengaku datang dari Jitra, Kedah untuk keluar bersiar-siar bersama rakan wanitanya, namun semakan lanjut mendapati wanita itu beralamat di Alor Setar.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Susulan itu, pihaknya mengeluarkan kompaun ke atas lelaki tersebut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran rentas daerah yang sah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memasuki daerah ini semasa tempoh pelaksanaan PKP.

Katanya, kompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah Perkara 4 dan 5 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan) (No 4) (Pindaan) (No 15) 2021). Ahmad Shukri berkata, rakan wanita kepada lelaki berkenaan dibenarkan pulang dengan amaran.

Tambah beliau, pasukan pemantau OP COVID Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar akan meneruskan pemeriksaan mengejut di semua lokasi di daerah ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply