ARKIB

KATEGORI

Tular

Tumpahan minyak diesel punca beberapa motosikal tergelincir, tiga penunggang cedera

Tular

Views

Tiga penunggang motosikal termasuk seorang wanita cedera selepas motosikal yang ditunggang mereka tergelincir selepas kejadian tumpahan minyak diesel di bulatan Gok Kapor di Kota Bharu, semalam.

KOSMO! ONLINE melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi, wanita yang berusia 42 tahun mengalami kecederaan serius dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zukeri Shafei berkata, dua lagi penunggang motosikal yang berusia 28 dan 64 tahun hanya mengalami cedera ringan.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.45 pagi daripada orang awam yang memaklumkan terdapat tumpahan minyak diesel di atas jalan raya sehingga menyebabkan tiga buah motosikal tergelincir.

Sembilan anggota bomba bersama sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian telah membuat semburan air ke atas jalan raya bagi menghilangkan kesan tumpahan diesel.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Anggota terlibat mengambil masa selama 35 minit untuk menbersihkan kawasan tersebut. Menurut Zukeri, wanita yang cedera dihantar ke HRPZ II dengan menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

Terdahulu, tular di media sosial video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian kemalangan empat buah motosikal jatuh secara berturut-turut semasa tiba di bulatan Gok Kapor di sini.

Keadaan itu menyebabkan penunggang motosikal mengalami kecederaan sebelum ambulans dan jentera bomba tiba di lokasi kejadian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply