ARKIB

KATEGORI

Buletin

Anak syarikat FGV peroleh 41 unit trak MAN TGS baharu dengan enjin Euro V

Berita Tempatan

Views

Anak syarikat FGV Holdings Berhad (FGV), FGV Transport Services Sdn Bhd (FTSSB) menceburi perniagaan pengangkutan kontena dengan menambah 41 unit trak MAN TGS baharu dengan spesifikasi enjin karbon rendah Euro V.

Ia terdiri daripada lima unit trak MAN TGS 4×2 dan 10 unit trak 6×2 yang akan digunakan untuk pengangkutan kontena. Sementara 26 unit lagi adalah trak MAN TGS 6×4 yang sesuai untuk pengangkutan kargo.

Kesemua trak MAN TGS Baharu ini dipasang di Serendah, Selangor oleh MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia), anak syarikat milik penuh MAN Truck & Bus SE dari Jerman.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd Nazrul Izam Mansor telah menerima 15 unit pertama trak MAN TGS Baharu daripada Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks dan Pengurus Besar MAN Malaysia, Thayalan Subramaniam, di hab logistik FTSSB di Shah Alam.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Datuk Nazrul berkata, sektor logistik telah menjadi antara penyumbang utama kepada prestasi kewangan Kumpulan FGV berikutan peningkatan kadar pengendalian dan pengangkutan serta volum pemprosesan yang lebih tinggi untuk perniagaan pengangkutan dan penyimpanan sepanjang tahun lalu.

Katanya lagi, perolehan trak ini akan membantu mengembangkan perniagaan pengangkutan FGV kerana ia dapat mematuhi keperluan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

MAN merupakan pengeluar trak pertama di Malaysia yang menawarkan enjin Euro V bagi seluruh rangkaian produknya dan kini mendahului dalam memacu mobiliti yang lestari dalam sektor pengangkutan.

Pemerolehan 41 unit trak ini adalah tender terbuka kedua oleh FTSSB yang dimenangi MAN Malaysia berikutan pemerolehan awal 44 unit lori MAN TGS generasi sebelumnya pada tahun 2021.

Trak MAN TGS baharu FTSSB didatangkan dengan teknologi terkini seperti MAN Telematics dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), termasuk beg udara pemandu, Sistem Amaran Penukaran Lorong dan Sistem Brek yang termasuk Pretarder dan Retarder.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Andrew O’Brooks berterima kasih kepada FGV kerana bersetuju bahawa trak MAN TGS baharu dengan enjin Euro V mampu mencapai keuntungan serta melaksanakan tanggungjawab kepada alam sekitar.

Jaleasnya, MAN TGS baharu mendahului pasaran menerusi orientasi pemandu, kecekapan bahan api, sistem bantuan, rangkaian digital dan paling utama adalah aspek kemampanan.

Sasaran MAN adalah untuk mengurangkan tahap pelepasan sebanyak 70 peratus menjelang 2030 berbanding tahap 2019 di semua lokasi syarikat di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Memandangkan infrastruktur bagi pengecasan di Malaysia belum dibangunkan sepenuhnya, produk berkuasa elektrik penuh seperti MAN eTruck dan eBus akan mengambil masa lebih lama untuk diperkenalkan.

Semua trak MAN yang dijual di Malaysia sudah dilengkapi dengan enjin Euro V. Tambah beliau, untuk tahun hadapan, pihaknya akan menawarkan casis bas MAN dengan enjin Euro V juga dan mula menerima tempahan untuk casis MAN eBus.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply