ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tun Dr. Mahathir nafi beri kelulusan kepada GLC untuk melabur dalam Projek Kereta Nasional Ketiga

Berita Tempatan

Views

Menurut laporan dari Free Malaysia Today (FMT), Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bukanlah individu yang memberi kelulusan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membeli saham dalam DreamEDGE, firma yang bakal menerajui penghasilan kereta nasional ketiga.

Kata Tun Dr. Mahathir, “Bukan saya yang meluluskannya, tetapi ianya telah dibuat, jadi saya tak boleh nak kata apa”.  Beliau berkata demikian semasa menghadiri sambutan ulang tahun ke-21, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Tun Dr. Mahathir diminta untuk mengulas kenyataan daripada presiden MCA, Wee Ka Siong yang mendakwa menteri persekutuan Lim Guan Eng dan Darell Leiking berbohong mengenai pembiayaan untuk projek kereta nasional ketiga, yang mereka katakan akan dibiayai secara persendirian.

Persoalan ini timbul selepas DreamEDGE mengesahkan bahawa terdapat pelaburan dari kerajaan dalam syarikat itu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairil Adri Adnan sebelum ini berkata bahawa VentureTECH Sdn Bhd memiliki 10 peratus daripada DreamEDGE sejak dari tahun 2017.

Tetapi Wee berkata, VentureTECH adalah 100 peratus dimiliki oleh Kumpulan Industri-Kerajaan untuk Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) yang merupakan 100 peratus milik kerajaan. Tambah Dr. Mahathir, mungkin disebabkan DreamEDGE sedang melakukan banyak perkara dan berkemampuan, sesetengah jabatan kerajaan mahu menumpang usaha mereka.

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

Terdahulu, Tun Dr. Mahathir mempertahankan keperluan untuk sebuah kereta nasional ketiga, dan berkata bahawa industri automobil tidak statik dan terdapat keperluan untuk bergerak ke hadapan. Katanya, segala-galanya telah berubah dan bergerak, dan sekiranya kita tidak bertindak, kita akan ketinggalan.

Beliau juga berkata, niat di sebalik pengenalan kereta nasional ketiga adalah untuk merangsang industri kejuruteraan. Putrajaya telah berulang kali menyatakan kerajaan tidak akan membiayai projek itu, yang akan dibangunkan dengan kerjasama Daihatsu Motors di Jepun.

Model pertamanya dijangka diperkenalkan siap pada tahun 2021 dan pengeluaran secara massa akan dibuat menjelang 2031. Menurut Free Malaysia Today, seorang sumber dalam kementerian berkata saham-saham itu telah dibeli semasa pentadbiran terdahulu dan oleh sebab itu Tun Dr. Mahathir tidak dapat meluluskannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama dan laman sesawang Pejabat Perdana Menteri.

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply