Dalam lawatan rasmi selama tiga hari ke Vietnam, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad diberi kesempatan untuk memandu uji SUV VinFast Lux S.A 2.0 di Hoa Lac Hi-Tech Park. Ini merupakan antara model kereta keluaran syarikat automotif milik Vietnam, VinFast.
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
VinFast adalah subsidiari kepada Vingroup, salah satu daripada firma persendirian terbesar di Vietnam. Menurut laman Facebook rasmi VinFast, Tun Dr Mahathir berkata model Lux S.A 2.0 mempunyai reka bentuk yang menawan, kereta yang hebat dan pemanduannya sangat lancar seperti kereta elektrik.
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!
Beliau telah memandu uji sendiri model SUV tersebut di laluan sepanjang 3 km, sekitar Hoa Lac Hi-Tech Park. Ujian pengeluaran VinFast Lux SA2.0 telah dilakukan dengan jayanya pada bulan Mac lalu dan ia dilengkapi enjin empat silinder DOHC 2.0L turbo yang menjana 228 kuasa kuda dan daya kilas maksimum 350 Nm.
VinFast memasang impian untuk menjadi pengilang kereta terkemuka di rantau Asia Tenggara dengan mengeluarkan 500,000 unit kereta setahun menjelang 2025. Tiga lagi model kereta di bawah jenama tesebut ialah model sedan Lux SA 2.0, dan model pertama mereka, hatchback kompak Fadil 1.5.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya
KOMEN TERKINI