Selepas Timbalan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Mohd Shahar Abdullah, semalam giliran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi salah seorang daripada pemilik terbaharu Perodua Ativa.
Tun Dr. Mahathir telah memilih Ativa varian AV berwarna Pearl Diamond White berbumbung hitam dengan nombor pendaftaran VBX 2020. Pada pendapat kami, angka 2020 itu mungkin dipilih kerana ia sinonim dengan Wawasan 2020 yang diasaskan beliau suatu ketika dahulu dan kebanyakan kereta beliau juga memiliki nombor yang sama.
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
Majlis penyerahan model SUV kompak tersebut telah berlangsung di perkarangan Yayasan Kepimpinan Perdana itu turut dihadiri oleh Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad.
Menerusi catatan di laman Facebook rasmi Dr. Mahathir bin Mohamad, beliau berbangga kerana Perodua kini telah mengeluarkan kereta yang dihasilkan dengan penglibatan lebih ramai jurutera tempatan dan ini merupakan satu kemajuan.
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
Tambah beliau, rakyat Malaysia kini terlibat dalam proses mereka bentuk dan kejuruteraan kereta. Kereta yang mereka dihasilkan juga berkualiti tinggi pada harga yang rendah. Ujar beliau, sudah tentu kita ingin melihat sebuah kereta Malaysia yang dihasilkan oleh Perodua.
Katanya lagi, Perodua kini semakin berkembang dan beliau ingin melihatnya, namun sudah tentu banyak perkara yang perlu dilakukan supaya kereta tersebut betul-betul dihasilkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
KOMEN TERKINI