ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiguan Allspace R-Line 2021 dipertingkatkan

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia memperkenalkan beberapa penambahan ciri baharu untuk model Volkswagen Tiguan Allspace R-Line 2021. Kali ini, model SUV tersebut dilengkapi dengan port pengecas dan data USB-C, serta naik taraf radio yang hadir bersama ciri App-Connect nirwayar untuk ketersambungan Apple Car Play.

Model ini masih lagi mengekalkan enjin turbo 2.0TSI dengan pancitan terus bahan api yang dipadankan dengan kotak gear cekam basah direct shift (DSG) 7-kelajuan. Gandingan ini mampu menjana kuasa mencecah 220PS dan 350Nm daya kilas. Selain itu, SUV ini turut dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda 4MOTION.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Bermula sekarang hingga 13 Jun, para pemilik Volkswagen yang menghantar kenderaan mereka untuk diservis akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus untuk minyak enjin tulen Volkswagen. Pelanggan yang berbelanja minimum RM1,200 akan menerima satu kit penjagaan kereta secara percuma.

Ia merangkumi penggilap berlilin, syampu, penggilap cermin, penjagaan plastik dan kulit dalam botol 50ml. Mereka juga akan menerima sampul wang Hari Raya secara percuma, sementara stok masih ada. Volkswagen juga akan mengambil bahagian dalam acara Auto Car Expo (ACE) pada 17 dan 18 April di Setia City Convention Centre.

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

Antara yang ditawarkan ialah rebat tunai tambahan sebanyak RM1,000 bersama promosi sedia ada. Mereka yang berminat dengan model Passat akan menikmati percutian mewah yang ditanggung sepenuhnya di Pangkor Laut Resort apabila menempah varian Elegance dan R-Line.

Sebagai tambahan, Passat Elegance hadir dengan insurans percuma selama 1 tahun bernilai RM5,500. Manakala Passat R-Line pula didatangkan bersama petrol percuma selama setahun bernilai RM2,500.

Model-model yang dipamer serta boleh dipandu uji termasuklah Arteon R-Line, Passat Elegance, Passat R-Line, Tiguan Allspace R-Line dan Highline. Terdapat juga kenderaan terpakai di bawah Das WeltAuto untuk dilihat dan dipandu uji pada acara tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply