ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cari pusat servis tayar yang dipercayai menerusi aplikasi Carpit

Info

Views

Dah sampai masa untuk membuat pemeriksaan tayar? Pening kepala nak cari pusat servis tayar terdekat dan boleh dipercayai? Carpit boleh membantu anda. Apa itu Carpit? Carpit adalah aplikasi mudah alih yang membolehkan para penggunanya untuk mencari pusat servis tayar dengan mudah dan pantas, hanya di hujung jari.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Senang cerita, Carpit ini ‘ibarat Trivago’ untuk mencari pusat servis tayar berhampiran yang boleh memberikan perkhidmatan dan harga yang terbaik. Bukan itu sahaja, anda boleh membandingkan perkhidmatan dan harga, membuat tempahan dan memberitahu Carpit di mana untuk mengambil kereta anda.

Kemudian tayar kereta anda akan diservis dan setelah semuanya selesai, ia akan dipulangkan kembali kepada anda. Mudah bukan? Bagaimana untuk memasang aplikasi ini di telefon pintar? Anda hanya perlu memuat turun aplikasi ini menerusi App Store (IOS) dan Google Play (Anroid) secara percuma.

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Anda juga tidak perlu risau kerana tiada caj tersembunyi, kerana harga yang dipamerkan adalah telus dan anda hanya perlu membayar untuk perkhidmatan yang dipercayai. Jika anda masih ragu-ragu, anda boleh melihat penarafan yang telah diberikan oleh pengguna lain dan boleh memberi penilaian sendiri berdasarkan pengalaman anda bersama Carpit.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang mycarpit.com atau laman Facebook rasmi Carpit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply