ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tunggang lawan arus – Penghantar makanan antara yang ditahan

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, seorang pekerja penghantar makanan antara tiga yang ditahan kerana melakukan aksi menunggang motosikal secara berbahaya di Sri Hartamas, Lebuhraya Sprint di Kuala Lumpur semalam.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Menurut Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, aksi penunggang motosikal berkenaan dikesan semasa pemantauan Ops Khas E-hailing di kawasan terbabit.

Menurutnya, dua penunggang motosikal ditahan kira-kira jam 11.30 pagi selepas bertindak melarikan diri semasa sekatan jalan raya dengan menunggang secara melawan arus. Salah seorang daripada mereka berjaya ditahan selepas motosikal ditunggangnya berlanggar sesama sendiri.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Bagaimanapun, seorang penunggang terus beredar sebelum melanggar sebuah lori dan berjaya ditahan. Penunggang terbabit dilaporkan mengalami kecederaan ringan di bahagian lutut, tapak tangan dan siku. Beliau berkata, selain itu, seorang lagi penunggang motosikal turut berjaya ditahan kerana melarikan diri daripada sekatan jalan raya.

Katanya, pemeriksaan mendapati tangkapan pertama seorang lelaki berusia 22 tahun adalah pekerja penghantar makanan. Tambah beliau lagi, ketiga-tiga lelaki berusia 22 hingga 40 tahun itu kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kesemua motosikal jenis Yamaha 135LC dan SYM Evo 259 telah disita.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sinar Harian

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply