ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tunjal kepala wanita, ‘abang sado’ kena tahan di Serdang

Tular

Views

Lelaki dalam rakaman video tular yang dipercayai memukul kepala seorang pemandu wanita berhampiran Lata Iskandar dekat Tapah semalam, telah ditahan polis hari ini.

Suspek berusia 29 tahun yang bekerja sebagai penyelia kilang itu diberkas di Serdang, Selangor.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, tangkapan ke atas lelaki itu dibuat susulan laporan polis dibuat wanita berusia 24 tahun itu di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 5.33 petang ketika mangsa dan adik lelakinya berusia 17 tahun dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands menuju ke Tapah.

Wanita itu dikatakan mahu memotong sebuah kereta Proton Persona dipandu suspek namun gagal sebelum lelaki itu menunjukkan isyarat lucah berhampiran Lata Iskandar.

Lelaki itu kemudiannya telah turun dari kenderaan dan mengetuk cermin kereta dipandu mangsa. Mangsa telah dimarahi dan dipukul di kepala selain diberikan ugutan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Menurut beliau, semakan ke atas nombor pendaftaran kereta yang dinaiki lelaki itu mendapati ia didaftarkan atas nama seorang wanita yang beralamat di Tanjong Karang, Selangor.

Katanya, usaha mengesan suspek telah berjaya dibuat di sekitar kawasan Serdang. Suspek akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 325/506/509 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 59 saat yang memaparkan seorang lelaki memarahi dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pemandu wanita sebelum memukul kepala mangsa. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply