ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua suspek menyamar polis diberkas, seorang lagi masih bebas

Berita Tempatan

Views

Seorang penjawat awam antara dua lelaki diberkas selepas disyaki menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian cubaan tiga lelaki menahan kenderaan awam di Kilometer (KM) 41.5 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara, Kulai.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kedua-dua lelaki tersebut masing-masing berusia 43 dan 48 tahun ditahan pada pukul 6 petang semalam di Kawasan Perumahan di Permas, Kukup, Pontian.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Menurutnya, seorang lagi suspek masih bebas dan diburu. Siasatan awal mendapati salah seorang suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah manakala suspek penjawat awam tidak memiliki rekod.

Polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk melakukan jenayah terbabit termasuk baju pantulan cahaya, lampu ‘beacon‘ mudah alih, lampu suluh selain kereta Honda City berserta kunci.

Kamarul Zaman berkata, salah seorang suspek direman dua hari bermula hari ini manakala suspek penjawat awam reman ditolak.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 berkaitan penyeludupan barangan kontraban.

Semalam, Kosmo! melaporkan Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya mengesan video tular itu pada pukul 1.52 tengah hari ini yang memaparkan mangsa dikejar kenderaan dinaiki ‘polis’ tersebut.

Beliau berkata, tiga lelaki yang menyamar sebagai polis itu menggunakan lampu ‘beacon’ seakan-akan polis cuba mengarahkan mangsa untuk menghentikan kenderaannya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Johor

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply