ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Elevate buat debut sulung global di India, tempahan mula dibuka Julai

Berita Global

Views

Honda Cars India Ltd. (HCIL) hari ini memperkenalkan SUV terbaharu, Elevate yang membuat penampilan sulung global di New Delhi. Tempahan model Elevate akan mula dibuka pada Julai nanti manakala harganya akan diumumkan kemudian.

Dari segi dimensi, ia berukuran 4,312mm panjang, 1,790mm lebar, 1,650mm tinggi dan jarak antara gandar rodanya pula 2,650mm. Ini bermakna, saiznya hampir sama dengan Hyundai Creta.

Elevate mempunyai kapasiti but 458 liter dan jarak lega permukaan 220mm, paling tinggi dalam segmennya. Reka bentuk Elevate kelihatan lebih mirip kepada CR-V yang dijual di pasaran luar negara.

Ia menampilkan reka bentuk jeriji yang besar dan logo dipaparkan pada bahagian tengah. Jeriji itu diapit dengan sepasang lampu hadapan jenis LED yang nipis dengan dua lampu kabus di bawah.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Kombinasi lampu hadapan dan lampu siang LED (DRL) bersambung pula dengan palang krom tebal seperti pada model City. Dari arah tepi, SUV saiz sederhana ini menampilkan gerbang roda yang menonjol dengan kemasan pelapik plastik.

Rekaan tingkapnya sedikit terangkat pada bahagian tiang-C, sekali gus memberikan visual yang tebal. Model ini dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 17-inci dengan rekaan yang seakan sama dengan City facelift.

Di belakang, lampunya kelihatan seperti ‘mengitar semula’ komponen dari model WR-V yang dijual di Indonesia tetapi ia disambungkan dengan jejalur pemantul cahaya berwarna merah.

Di ruangan kabin, Elevate dilengkapi dengan paparan unit inforia gaya terapung bersaiz 10.25-inci. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan bumbung lut cahaya, paparan instrumen separa-digital bersaiz 7-inci, kamera pantau lorong, pengecas nirwayar, ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay, serta kamera parkir belakang.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Elevate dijana oleh enjin aspirasi alami (NA) 1.5-liter i-VTEC DOHC yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm daya kilas. Enjin ini merupakan unit yang sama digunakan pada model City.

Dua pilihan transmisi ditawarkan, iaitu 6-kelajuan manual dan 7-kelajuan CVT. Honda akan memperkenalkan enjin petrol semasa pelancaran, manakala varian hibrid kemudian. Versi elektriknya dijangka tiba di pasaran India dalam tempoh tiga tahun lagi.

Aspek keselamatan Elevate terdiri daripada enam beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Bantuan Kestabilan Kenderaan dengan Bantuan Pengendalian Tangkas, Bantuan Mendaki, kamera Honda Lane Watch, kamera belakang pelbagai sudut, ISOFIX, Immobilizer dengan penggera anti-kecurian dan lain-lain.

Elevate turut dilengkapi dengan Honda Sensing yang merangkumi Sistem Brek Hindar Perlanggaran (CMBS), Kawalan Jelajah Adaptif, Cegah Terbabas (RDM), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Sistem Pemberitahuan Kenderaan di Hadapan dan Pancaran lampu tinggi Automatik.

SUV ini bakal bersaing dengan beberapa model seperti Hyundai Creta, Kia Seltos, Volkswagen Taigun, Skoda Kushaq, Maruti Suzuki Grand Vitara, Toyota Urban Cruiser Hyryder, MG Astor dan Citroen C3 Aircross di pasaran India.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply