ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMW Toyota Motor terus catat peningkatan jualan pada bulan Jun

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota Motor) terus menyaksikan peningkatan jualan Toyota dan Lexus pada bulan Jun.

Sebanyak 8,870 unit Toyota dan 69 unit Lexus telah berjaya dijual dalam bulan tersebut berbanding 7,442 unit (Toyota) dan 137 unit (Lexus) pada bulan Mei lalu.

Bagi bulan Jun, jumlah jualan keseluruhan Toyota dan Lexus adalah sebanyak 8,939 unit, berbanding 7,579 unit pada bulan sebelumnya.

Setakat Jun 2022, sebanyak 45,911 unit Toyota dan Lexus telah didaftarkan, berbanding 34,111 unit dalam tempoh yang sama tahun lalu, sekali gus menyaksikan lonjakan sebanyak 35 peratus.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Pengumuman berhubung dengan ‘cuti cukai’ yang berakhir 30 Jun lalu dijangka memberi impak negatif jangka pendek dari segi jualan.

Walaubagaimanapun, ia berjaya dikurangkan berikutan beberapa tanda awal pemulihan mengenai kekurangan global semikonduktor dan mikrocip pada separuh kedua tahun ini.

Ia menyaksikan peningkatan dari segi pengeluaran dan pelancaran model baharu yang lebih canggih dengan teknologi automotif termaju yang bakal membuatkan pembeli ‘rambang mata’ untuk membuat pilihan.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor Ravindran K, UMW Toyota Motors akan memberikan pelanggan pengalaman pemilikan dan selepas-jualan terbaik pada separuh kedua 2022.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Tambah beliau, menerusi pakej pembiayaan dan insurans, servis yang terbaik dan bantuan pinggir jalan 247 Toyota, pihaknya optimis dapat memberikan perjalanan yang tidak dapat dilupakan.

Bagi membina momentum jualan pada bulan Jun, model crossover premium, Toyota Veloz 1.5 A/T telah pun dibuka untuk tempahan.

Model baharu ini dilengkapi dengan transmisi dan tetapan suspensi baharu bagi menjadikannya lebih berkuasa dan cekap bahan bakar.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS) selain ciri ketersambungan menerusi unit infohibur jenis terapung bersaiz 9-inci yang serasi dengan Apple CarPlay dan Android Auto, dipadankan pula dengan pengecas nirwayar Qi.

Menuju ke separuh kedua 2022, peminat jenama Toyota bakal ditawarkan dengan penjimatan hebat pertengahan-tahun dan rebat tunai seiring dengan pelancaran produk bagi memberikan nilai terbaik untuk pemanduan yang luar biasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply