ARKIB

KATEGORI

Buletin

Logo “CARSOME Certified” dilancarkan – Standard baharu dalam pembelian kereta pramilik di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi, telah mengadakan lawatan ke CARSOME Certified Lab di Bandar Bukit Raja, Klang.

Lawatan ini adalah untuk meninjau perkhidmatan yang disediakan oleh CARSOME yang merupakan salah satu syarikat tempatan yang telah menerima Anugerah Syarikat Bertaraf Unicorn daripada Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Bin Yaakob dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebagai di antara syarikat pemula niaga (startup) yang berjaya di Malaysia.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

CARSOME merupakan platform e-dagang kereta bersepadu yang terbesar di Asia Tenggara dan syarikat bertaraf “Unicorn” yang pertama di Malaysia.

Syarikat ini menyediakan perkhidmatan pembelian, penjualan dan pembiayaan kenderaan dengan menggunakan teknologi yang bermutu tinggi dan boleh menjadi penanda aras dalam sektor perdagangan pengedaran terutamanya bagi subsektor kenderaan motor.

Dalam lawatan kerja itu juga, Alexander Nanta Linggi telah melancarkan logo “Carsome Certified” yang merupakan standard baharu untuk pembelian kereta pramilik di Malaysia.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Logo ini adalah status yang diberi kepada kenderaan yang telah melepasi 175-titik pemeriksaan CARSOME bagi memastikan setiap kenderaan CARSOME Certified adalah bebas daripada banjir dan kemalangan teruk.

Kereta-kereta ini dijual dengan harga tetap tanpa sebarang caj tersembunyi, jaminan wang dikembalikan dalam tempoh lima (5) hari, dengan jaminan selama satu (1) tahun.

Setiap kereta CARSOME Certified juga telah menjalani “Proses Pembaikpulihan CARSOME Certified” yang merangkumi pembaikan mekanikal dan am, pemulihan badan dan cat, perincian professional serta semakan kualiti yang ketat oleh juruteknik yang mahir dan berpengalaman.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Alexander Nanta Linggi

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply