ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Daihatsu Rocky dilihat memakai plat perdagangan, Perodua tengah uji ciri baharu Ativa facelift ke tu?

Foto Intip

Views

Kelibat sebuah Daihatsu Rocky berwarna merah tanpa sebarang pelitup celoreng dan hanya menggunakan plat perdagangan telah berjaya dikesan oleh warganet bernama Hassanal Zafar di sekitar Dengkil.

Foto-foto intipan tersebut telah pun dimuatnaik ke laman group paultan.org Automotive/Car Discussion Group sejak petang semalam.

Jika anda masih ingat, nombor plat perdagangan tersebut iaitu B 3062 A, pernah digunakan oleh pihak Perodua pada unit ujian Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid pada tahun 2021.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Apa yang menarik, unit ujian Rocky tersebut kelihatan menggunakan radar untuk sistem bantuan pemandu (ADAS) pada bahagian bawah logonya.

Sistem ADAS pada model semasa Perodua Ativa, Daihatsu Rocky dan Toyota Raize hanya menggunakan jenis kamera sahaja.

Ada kemungkinan, Perodua kini sedang mempersiapkan versi facelift Ativa yang dijangka dilancarkan pada suku pertama (Q1) tahun 2024.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Menurut ejen perisik kami Mat Bond, Ativa facelift akan tiba terlebih dahulu sebelum model SUV Segmen-B, D66B pada Jun 2024. Ativa facelift dikatakan akan mengalami perubahan kosmetik pada bahagian depan serta belakang.

Ada kemungkinan ciri-ciri ADAS atau Perodua Smart Drive Assist (PSDA) pada model Ativa facelift itu nanti akan ditambah dengan beberapa ciri baharu seperti Kawalan Jelajah Adaptif dan fungsi ‘Henti dan Mula’.

Apa pun, kita nantikan perkembangan terkini mengenai Ativa facelift dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Hassanal Zafar

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply