ARKIB

KATEGORI

Buletin

Vega EVX – Supercar elektrik pertama Sri Lanka, buat kemunculan sulung di Geneva 2020

Berita Global

Views

Nampaknya semakin banyak negara mula menceburi bidang automotif, dan yang terbaharu adalah Sri Lanka. Negara tersebut bakal mempunyai sebuah supercar elektrik yang dihasilkan oleh Vega Innovations dan bakal dikenali dengan nama Vega EVX. Berita mengenai model ini mula disiarkan di BBC pada tahun 2015 dan selepas 5 tahun ia bakal membuat kemunculan sulungnya di Geneva Motor Show 2020.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Vega EVX dijana oleh dua motor elektrik yang mampu menghasilkan 402 kuasa kuda dengan daya kilas 720 Nm menerusi pacuan semua roda. Setiap motor elektriknya pula mampu menghasilkan 150 kW. Supercar ini mampu memecut dari 0 ke 60 mph hanya dalam masa 4 saat.



JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

Buat masa ini Vega Innovations masih lagi bekerjasama dengan syarikat perisian CodeGen untuk membangunkan algorithm tercanggih untuk mengawal dinamiknya. Syarikat itu juga mengatakan yang mereka akan mempersembahkan inovasi dalam pakej, keselamatan, pengurusan bateri, perkakasan sistem, perisian tegar (firmware) dan perisian mengenai modul bateri litium.

Satu lagi ciri menarik pek bateri ini ialah ia terdiri daripada sel LiFePo4 – fosfat besi lithium. Sel-sel ini mempunyai kepadatan tenaga 220 Wh/l. Secara keseluruhan, ia akan mempunyai 500V dan 600A. Syarikat itu mengatakan ia berguna untuk jarak 240 km, tetapi gagal untuk menjelaskan berapa banyak kWh mampu disediakan oleh pek bateri ini. Apa yang pasti ia akan menggunakan sejukan-cecair.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply