ARKIB

KATEGORI

Tular

Video helikopter didakwa hantar budak ke sekolah dapat perhatian polis

Tular

Views

Polis akan membuat laporan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) selepas sebuah helikopter dilihat mendarat di sebuah kawasan lapang di Shah Alam, dikatakan untuk menghantar seorang kanak-kanak ke sekolah.

Ketua Polis Shah Alam Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menyerahkan kepada CAAM untuk siasat sama ada pengendali pesawat itu memiliki permit sah apabila ia mendarat di kawasan perumahan itu pada 17 April lalu.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ujar beliau, pihaknya belum terima sebarang laporan mengenai kejadian itu. Terdahulu, seorang penduduk berkongsi dengan FMT video memaparkan helikopter itu berlepas dari sebuah kawasan lapang berdekatan kawasan perumahan di Shah Alam itu.

Sekeping gambar menunjukkan seorang kanak-kanak berjalan meninggalkan helikopter itu dengan juruterbang berdiri di tepi pesawat.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Penduduk itu, yang minta tidak dinamakan, mendakwa kanak-kanak itu kemudian memasuki pintu belakang sebuah sekolah. Dia mendakwa ini kali kedua sebuah helikopter mendarat di situ, namun penduduk tidak merakam kejadian pertama.

“Pada 5 Mei, saya timbulkan hal ini dengan pihak sekolah menerusi Facebook, bukan sahaja untuk mengadu tentang isu helikopter ini tetapi juga menyuarakan kebimbangan tentang ibu bapa meletak kenderaan di tepian jalan di kawasan perumahan kami,” katanya.

Penduduk itu berkata helikopter tidak lagi kelihatan sejak sekolah dimaklumkan. FMT sedang mendapatkann komen CAAM dan Kementerian Pengangkutan. – FreeMalaysiaToday

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply