ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis Kontinjen Kelantan terima Honda City, ganti Proton Prevé?

Berita Tempatan

Views

Akaun Facebook rasmi Polis Kontinjen Kelantan menerusi satu hantaran kira-kira sejam yang lalu memaklumkan yang pihaknya telah menerima penyerahan beberapa buah Honda City.

City dijana oleh enjin 1.5L DOHC i–VTEC yang digandingkan bersama dengan transmisi CVT yang menghasilkan 121PS dan daya kilas maksima 145Nm.

Tiada maklumat lanjut mengenainya dan besar kemungkinan City itu bakal menggantikan Proton Prevé yang telah pun tamat pengeluaran.

Seperti yang kita ketahui, sebelum ini perolehan kenderaan untuk kegunaan polis dibuat secara sewaan/pajakan melalui konsesi dengan Syarikat Spanco Sdn Bhd.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Namun, pada 2020 konsortium Naza-Berjaya dikatakan telah memperoleh kontrak jangka panjang merangkumi pembekalan, penyelenggaraan dan pengurusan kenderaan rasmi kerajaan dan kenderaan polis, bagi menggantikan Spanco.

Konsortium tersebut telah menerima Surat Hasrat dari Kementerian Kewangan, dengan penganugerahan sebenar dijangka menjelang bulan Jun 2020.

Kontrak pengurusan armada (fleet) yang telah dianugerahkan kepada Spanco Sdn Bhd pada 1994, telah pun tamat pada penghujung tahun 2018.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, mengapakah pihak kerajaan atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lagi berminat untuk menggunakan kereta keluaran Proton dan memilih Honda City?

Menurut rakan media di Careta.my, ada dua model yang bakal menggantikan Proton Prevé iaitu Honda City dan Perodua Aruz.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Disebabkan saiznya yang kecil dan tidak menepati piawaian jabatan dan agensi kerajaan, dua lagi model Proton iaitu Persona tidak menjadi pilihan, manakala X50 pula masuk dalam kategori yang lebih tinggi (dan mahal) berbanding Prevé.

Aruz pula dipilih kerana ia mampu membawa tujuh orang penumpang dengan kos yang sama dengan bajet yang diberikan.

Sumber Careta memaklumkan, pemilihan kenderaan dari jenama global adalah lebih menguntungkan kerajaan. Katanya, kenderaan tersebut terbukti lasak dan kos alat gantinya jauh lebih murah.

Bukan itu sahaja, kerajaan membelinya tanpa cukai dan ini akan menjimatkan ‘wang rakyat’, malah lebih ia mustahak berbanding sentimen patriotik.

Walaubagaimanapun, PDRM telah memperoleh sebanyak 197 unit model Proton X70 1.8 dan 653 model Honda Civic 1.8 sebagai kenderaan peronda pada tahun 2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Kontinjen Kelantan

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply