ARKIB

KATEGORI

Tular

Video tular buli jalan raya anak PM10, polis cari pemandu Proton Iriz hijau

Tular

Views

Polis meminta seorang pemandu Proton Iriz tampil bagi membantu siasatan berkaitan tindakannya boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada pemandu kenderaan lain.

Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menerusi kenyataan di Facebook rasminya berkata, satu video tular berdurasi 14 saat memaparkan sebuah kereta Proton Iriz berwarna hijau dipandu secara berbahaya dan cuba menghalang laluan sebuah kereta (perakam video).

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

JSPT menggesa pemandu kereta ini segera tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan memandangkan nombor plat kenderaan tersebut telah dikenal pasti.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan anak Perdana Menteri, Nurul Ilham Anwar mendakwa beliau telah menjadi mangsa buli pengguna jalan raya.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Nurul Ilham yang merupakan anak keempat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan perkara tersebut menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di Twitternya pada Jumaat.

Berdasarkan perkongsian video berdurasi 14 saat itu, pemandu sebuah kenderaan jenama Proton telah beberapa kali menekan brek di lorong laju.

Menurut Nurul Ilham, tindakan berkenaan amat berbahaya tambahan anaknya yang berusia dua tahun turut berada di dalam kenderaan. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply