ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Wira masih pegang rekod ‘barang panas’ selama 11 tahun berturut-turut

Berita Tempatan

Views

Kereta kegemaran Malaysia suatu ketika dahulu, Proton Wira masih mengekalkan takhtanya sebagai “kenderaan yang paling banyak dicuri” untuk tahun ke-11 berturut-turut, menurut Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia (VTREC).

TheStar melaporkan, koordinatornya Mas Tina Abdul Hamid berkata, senarai yang diperolehinya adalah berdasarkan tuntutan yang diterima oleh syarikat insurans.

Ujarnya, sebanyak 131 unit Wira dilaporkan telah dicuri pada tahun 2021, diikuti Proton Iswara sebanyak 75 kes dilaporkan. Model yang digelar sebagai “King” iaitu Perodua Myvi, hanya menduduki tangga keenam carta.

Trak pikap Toyota Hilux pula muncul sebagai kereta jenama luar negara yang paling kerap dicuri dengan 65 kes pada 2021, sekali gus meletakkannya pada tangga keempat, satu anak tangga di belakang Perodua Kancil.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Kata Mas Tina, kereta Mercedes-Benz yang dicuri mampu dijual pada harga serendah RM10,000, atau sebuah Hilux berharga RM12,000 manakala Wira pula dijual pada harga RM3,000.

Tambahnya, Wira merupakan jenama popular ketika itu, dan masih terdapat sejumlah besar di jalan raya meskipun pengeluarannya telah tamat pada 2009.

Mas Tina menambah, lazimnya pencuri adalah merupakan pembekal alat ganti kereta Wira itu sendiri. Katanya lagi, si pencuri kerap menyasarkan model lama dan lebih popular, malah beliau amat yakin bahawa Myvi akan menjadi pilihan utama pencuri suatu hari nanti.

Jelasnya, Myvi menjadi sasaran kerana rupanya dan ia merupakan kereta kegemaran ramai. Trendnya adalah sama dengan Wira dan kini bilangannya juga semakin bertambah (mungkin jadi sasaran setelah pengeluaran tamat) dan kebanyakan kenderaan yang dicuri dijual di pasaran tempatan.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Kekurangan bekalan alat ganti kenderaan berikutan pandemik Covid-19 memburukkan lagi keadaan. Selain itu, data turut menunjukkan sebuah Yamaha 135LC akan dicuri setiap hari, sekali gus menjadikannya motosikal paling panas pada tahun 2021.

Di tempat kedua adalah Yamaha Y15ZR dengan 186 kes, diikuti Honda C100 dengan 151 kes. Biasanya pencuri akan menyasarkan model terkini, meleraikannya dan dijual sebagai alat ganti.

Pencuri turut menjual Yamaha 125Z pada harga RM1,500, Yamaha 135LC dengan harga RM500 dan Honda EX5 serta Honda Wave pada harga RM300 seunit.

Mas Tina berkata, pelanggan yang bersetuju dengan tawaran si pencuri akan mendepositkan wang ke akaun yang dimiliki oleh sindiket sebelum kenderaan curi atau komponen dihantar kepada mereka menggunakan khidmat penghantar barangan yang berdaftar,

Tambahnya, sememangnya suka untuk pihak berkuasa untuk membanteras sindiket, yang menggajikan kumpulan orang yang berbeza. Mereka juga mempunyai orang yang berbeza untuk mencuri dan kumpulan yang berbeza untuk membawanya ke Thailand, manakala orang lain akan menjualnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply