ARKIB

KATEGORI

Buletin

Vinfast lancar 3 model SUV elektrik – VF31, VF32 dan VF33

Berita Global

Views

Meskipun usianya masih lagi muda, pengeluar kereta dari Vietnam, Vinfast telah mula mengorak langkah ke arah elektrifikasi dengan melancarkan 3 model SUV elektrik yang disasarkan kepada 3 segmen berbeza. Menurut laman Facebook ASEAN Skyline, model VF31 merupakan SUV saiz sederhana dalam Segmen-C dan hanya ditawarkan dengan penjana elektrik sahaja.

VF32 pula merupakan SUV saiz sederhana dalam Segmen-D manakala VF33 merupakan SUV saiz besar dalam Segmen-E yang ditawarkan dengan pilihan penjana elektrik dan juga petrol. Berikut adalah spesifikasi ringkas bagi tiga model baharu ini.

VinFast VF31

VF31 merupakan SUV saiz sederhana dalam Segmen-C yang mempunyai ukuran dimensi 4,300mm panjang dengan jarak antara gandar 2,611mm. Ia dilengkapi dengan paparan di konsol tengah berukuran 10 hingga 12.8-inci, sistem pendingin hawa menggunakan penapis HEPA dengan karbon aktif, stereng dengan pemanas, tempat duduk dengan pemanas dan pengudaraan untuk varian Premium.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Ia dikuasakan oleh motor elektrik berkapasiti 85kW yang mampu menjana daya kilas maksimum 190 Nm. SUV elektrik ini menggunakan bateri berkapasiti 42kW dan mampu menggerakkan kenderaan ini sejauh 300km bagi setiap kali caj penuh. VF31 menerima penarafan 5-Bintang EURO NCAP untuk varian Premium, manakala varian standardnya pula menerima penarafan 4-Bintang ASEAN NCAP.

VinFast VF32

VF32 merupakan SUV saiz sederhana dalam Segmen-D yang mempunyai ukuran dimensi 4,750mm panjang dengan jarak antara gandar 2,950mm. Ia dilengkapi dengan paparan di konsol tengah berukuran 15.4-inci, sistem pendingin hawa menggunakan penapis HEPA dengan karbon aktif, stereng dengan pemanas, tempat duduk dengan pemanas dan pengudaraan.

Bagi versi elektrik, ia dijana oleh dua unit motor elektrik dengan kapasiti 300 kW dan mampu menghasilkan daya kilas maksimum 640 Nm untuk varian Premium. Setiap motor elektriknya berkapasiti 150kW dan mampu menghasilkan 320 Nm daya kilas maksimum untuk varian Standard.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Ia menggunakan bateri dengan kapasiti 90kW dan digerakkan dengan pacuan empat roda sepenuh masa. VF32 boleh bergerak sejauh 504km setiap kali caj penuh. Model ini menerima penarafan piawaian keselamatan tertinggi, 5-Bintang NHTSA dan 5-BintangEURO NCAP. Untuk versi petrol pula, ia dijana oleh enjin 2.0 liter yang menghasilkan 189 kuasa kuda dengan daya kilas maksimum 280 Nm.

VinFast VF33

VF33 merupakan SUV merupakan SUV saiz besar dalam Segmen-E yang mempunyai ukuran dimensi 5,120mm panjang dengan jarak antara gandar 3,150mm. Ia dilengkapi dengan paparan di konsol tengah berukuran 15.4-inci, sistem LED Matrix, bumbung kaca panorama yang anti-ultra lembayung (UV) 99 peratus untuk varian Premium.

Versi elektriknya dijana oleh dua unit motor elektrik yang sama seperti model VF32 yang setiap motor elektriknya berkapasiti 150kW. Kapasiti baterinya pula adalah sehingga 106kW yang mempu menggerakkan SUV besar ini sejauh 550km setiap kali caj penuh. Model ini turut menerima penarafan 5-Bintang NHTSA dan 5-BintangEURO NCAP.

Bagi versi petrol pula, ia dijana oleh enjin 2.0 liter yang menghasilkan 228 kuasa kuda dengan daya kilas maksimum 350 Nm. VinFast juga mengumumkan yang mereka akan mula mengeluarkan kereta elektrik pertama mereka yang disasarkan untuk pasaran Amerika Syarikat dalam tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

VinFast VF31

VinFast VF32

VinFast VF33

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply