ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen lancar Arteon facelift, varian baharu Shooting Brake turut diperkenalkan

Berita Global

Views

Volkswagen secara rasminya melancarkan versi facelift Arteon dan dalam masa yang sama juga turut memperkenalkan varian baharu Arteon Shooting Brake. Boleh dikatakan, versi Arteon yang dikemaskini hanya mengalami perubahan kecil pada bahagian wajahnya yang menampilkan jejalur lampu baharu bersambung dengan lampu depan.

Perubahan yang lain juga tidak begitu ketara, namun model itu kini mempunyai palang krom yang lebih menonjol dan salur masuk udara yang lebih sporty. Ia juga didatangkan dengan lampu belakang baharu, selain penambahan kemasan krom dan sistem ekzos lebih sporty yang diperlihatkan menerusi diffuser baharu.

Perubahan terbesar sebenarnya hadir menerusi pengenalan varian baharu yang dikenali dengan Arteon Shooting Brake. Ia merupakan sebuah wagon sporty dan praktikal yang boleh mengangkut sehingga 1,632 liter barang jika semua kerusi belakangnya direbahkan, lebih 75 liter berbanding model fastback.

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!

Beralih ke dalam kabin, ada sedikit perubahan dilakukan di bahagian kokpit untuk “memberikan lebih rasa eksklusif”. Perubahan yang dilakukan termasuklah stereng baharu dan konsol tengah yang dikemaskini dengan menampilkan sistem kawalan iklim automatik jenis “gelangsar sentuh”.

Selain itu, perubahan juga dibuat pada corong udara dan sistem infohiburan MIB3 baharu yang menyokong sambungan Android Auto dan Apple CarPlay secara nirwayar (wireless), sistem pencahayaan ambien 30 warna, pengecas telefon pintar nirwayar dan sistem audio premium 700 watt dari Harman/Kardon.

Dari segi teknologi, Arteon facelift ditawarkan dengan pilihan sistem Travel Assist yang membolehkan pemanduan separa automatik pada kelajuan antara 0-210 km/j. Kamera pandang belakangnya kini dilengkapi fungsi pandangan selekoh yang melebarkan sudut pandangan kamera ke skrin infohiburan dari 90 darjah ke 170 darjah.

JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!

Di bawah hudnya, ia kini ditawarkan dengan penjana hibrid plug-in serba baharu yang menjanjikan “jarak pemanduan elektrik yang lebih jauh”. Dikhabarkan penjana ini mampu menghasilkan output sebanyak 215 kuasa kuda. Untuk yang mahukan lebih kuasa, mereka boleh memilih varian Arteon R yang dijana enjin dengan output 316 kuasa kuda.

Ia menampilkan gaya yang lebih garang dan sistem pacuan semua roda dengan teknologi R-Performance Torque Vectoring. Varian Shooting Brake pula ditawarkan dengan beberapa varian, antaranya SE, SEL R-Line dan SEL Premium R-Line yang dikuasakan oleh enjin turbo 2.0 liter empat-silinder yang menjana 268 kuasa kuda dan 349 Nm daya kilas.

Versi pacuan roda depan didatangkan secara standard dan enjinnya pula dipadankan dengan transmisi lapan-kelajuan automatik. Walaubagaimanapun, sistem pacuan semua roda ditawarkan secara pilihan pada varian SEL R-Line, manakala ia didatangkan secara standard untuk varian tertinggi, SEL Premium R-Line.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply