ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X70 bakal sertai Honda Civic 1.8 bantu tugasan rondaan PDRM

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, kehadiran kereta peronda baharu model Honda Civic 1.8 untuk tugasan rondaan mampu meningkatkan tahap perkhidmatan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke tahap lebih baik. Menurut Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, pemilihan kereta itu dibuat selepas ujian teknikal pihaknya bersama syarikat Spanco Sdn Bhd bagi menggantikan kereta peronda yang telah tamat tempoh.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Beliau berkata, penerimaan jumlah kereta ini diterima sejak awal Jun lalu secara berperingkat sehingga pertengahan Julai ini. Katanya, beliau percaya penerimaan ini dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kerana model ini mempunyai kelebihan dari segi kepercayaan orang awam ke atas kenderaan itu sendiri.

Tambah beliau, berdasarkan pandangan yang diterima pihaknya daripada anggota rondaan mengatakan ia juga dapat meningkatkan tahap keyakinan, suasana kerja yang lebih meyakinkan selain prestasi yang baik. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam telah menerima lima buah kereta peronda baharu ini bagi fasa pertama secara berperingkat.

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!

Jelas beliau, kereta baharu ini bagi menggantikan Proton Waja yang telah uzur. Ujarnya lagi, penerimaan kereta ronda baharu ini dapat meningkatkan imej polis secara amnya dan berharap ia dapat meningkatkan keberkesanan rondaan cegah jenayah. Pada 5 Jun lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 425 kereta peronda baharu model Honda Civic 1.8 bagi tugasan rondaan.

Kenderaan yang dilengkapi peralatan sokongan seperti peralatan komunikasi RMPNeT, kamera papan pemuka (dashcam) dan perakam video digital mudah alih itu, disewa secara konsesi dengan syarikat Spanco Sdn Bhd selama lima tahun melalui peruntukan mengurus 2020. Selain itu, PDRM juga akan menerima 850 lagi kenderaan peronda, merangkumi 197 model Proton X70 1.8 dan 653 model Honda Civic 1.8, bagi tujuan penggantian kenderaan sedia ada bermula Julai hingga September ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan – Kredit PanduLaju.com.my dan TheAjerul

JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply