ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen pamer ‘hot hatch’ elektrik, ID. GTI Concept di IAA Mobility 2023

Berita Global

Views

Volkswagen kini sedang mempersiapkan sebuah model ‘hot hatch‘ elektrik dengan mempamerkan ID. GTI Concept bersempena dengan IAA Mobility 2023 yang akan membuka tirainya pada 5 September 2023.

Tapi macam pernah ku lihat model yang seakan ID. GTI Concept sebelum ini kan? Ya, ia sebenarnya tidak jauh berbeza dengan VW ID. 2all Concept yang telah membuat kemunculannya pada awal tahun ini.

Versi ID. GTI Concept tampil dengan gaya lebih sporty terutama pada rekaan hadapan dan juga belakang yang diinspirasikan daripada model Mk1 GTI.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Lampu belakangnya lebih gelap, spoiler besar pada bahagian belakang kemasan hitam, manakala jeriji hadapannya juga dihitamkan dan diserikan dengan jejalur merah, serta lambang GTI di beberapa tempat.

Menurut Volkswagen, model ini akan menggunakan motor elektrik tunggal berprestasi tinggi yang menampilkan kunci pembezaan elektronik pada gandar roda hadapan.

Menerusi GTI Experience Control, beberapa fungsi pada model ini boleh dilaraskan, antaranya sistem suspensi, ‘rasa’ stereng, dan bunyi, malah ia mampu mencipta titik anjakan simulasi untuk meniru GTI dari beberapa dekad yang lalu.

Di bahagian kabin, ID. GTI Concept menampilkan paparan tolok klasik dan juga kemasan tempat duduk gaya retro.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan dua skrin untuk memaparkan kelompok instrumen digital bersaiz 10.9-inci dan juga unit inforia bersaiz 12.9-inci.

Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan paparan tumpu terimbuh yang memaparkan susun atur trek di sudut bawah cermin hadapan, contohnya litar Nurburgring sekiranya anda mahu menikmati pemanduan seperti model Mk2 GTI.

Volkswagen berkata, ID. GTI Concept merupakan “pandangan pertama GTI masa depan” kerana apa yang telah diputuskan akan dibawa ke peringkat pengeluaran.

Meskipun model konsep ini lebih menumpukan kepada prestasi, Volkswagen berkata ia masih sebuah hatchback yang praktikal yang boleh membawa lima orang penumpang dan 17.3 kaki padu barangan di ruangan butnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply