ARKIB

KATEGORI

Tular

‘Objek bercahaya itu mempunyai trajektori ganjil’

Tular

Views

Pelbagai reaksi dan teori konspirasi timbul susulan penularan klip video memaparkan objek asing bercahaya melintasi ruang udara sekitar ibu negara, di Kuala Lumpur, dipercayai dirakam Rabu lalu.

Ketua Penerbangan Mencari dan Menyelamat UniKL Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT), Profesor Madya Mejar Bersekutu Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata, tanpa perincian saintifik, tidak dapat dipastikan apa sebenarnya objek asing berkenaan.

Berdasarkan video tular berkenaan objek bercahaya itu mempunyai trajektori yang ganjil dari segi penerbangan pesawat kerana ia menjunam pada sudut yang amat menegak pada halaju yang tinggi.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Lazimnya ini tidak dilakukan oleh sebuah pesawat pada penerbangan normal dan hanya berlaku jika pesawat mengalami kerosakan atau kecelaruan atau hanya dilakukan pada pertunjukan aerobatik.

Menurutnya, objek asing berkenaan bercahaya tidak seperti pesawat normal dan pengeluaran haba dari objek itu menunjukkan kemungkinan berlaku kebakaran di keseluruha permukaannya.

Ujar beliau, adalah mustahak untuk kita melakukan ‘flame analysis‘ terhadap objek terbabit untuk mengetahui lebih lanjut tentang objek berkenaan di atas faktor keselamatan ruang udara negara.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Lazimnya ‘flame analysis‘ dapat dilakukan menggunakan ‘fuzzy logic‘ atau ‘neural network‘ di mana nyalaan api diperincikan dari segi nilai cahaya, spektrum, halaju nyalaan, stabiliti, dan sebagainya bagi mengenal pasti ciri-ciri objek berknaan menggunakan kaedah saintifik yang berstruktur.

Terdahulu media melaporkan satu rakaman video yang memaparkan objek asing bercahaya melintasi ruang angkasa negara pada malam Rabu lalu tular, sehingga mengundang pelbagai ‘teori’ oleh pengguna media sosial.

Klip video yang tular di media sosial selepas dimuat naik pengguna Tik Tok bernama Styfly Malaysia selain dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp.

Pemilik video itu merakam objek asing itu dipercayai menggunakan perakam berteknologi tinggi sewaktu pertunjukan bunga api menjelang sambutan kemerdekaan negara ke-66, yang berlatarbelakangkan pemandangan bandar raya Kuala Lumpur. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply