ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen sambung cuti cukai – Stok terhad

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumuman lanjutan tempoh tanpa cukai untuk rangkaian modelnya menerusi Skim Perlindungan Harga. Skim tersebut melibatkan semua model Volkswagen yang didaftarkan sekarang sehingga 15 November 2018, selagi stok masih ada.

Dengan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018, perbezaan harga yang berdasarkan kepada harga 0 peratus GST sekarang akan diserap oleh VPCM. Skim itu melibatkan semua model yang dijual di Malaysia, sama ada pemasangan tempatan dan import. Namun begitu, stok adalah terhad dan pelanggan harus mengambil peluang ini untuk menempah sebuah Volkswagen baharu, seterusnya menikmati Skim Perlindungan Harga ini.

JOM BACA >> Proton Perdana FL Concept 2018

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, maklum balas sejak tiga bulan lalu berikutan pengumuman 0 peratus GST sangat memberangsangkan. Pengenalan Skim Perlindungan Harga merupakan satu cara VPCM untuk membuktikan bahawa syarikat sangat mengutamakan para pelanggan.

Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, jaminan pengilang dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun. Maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my

JOM BACA >> Adakah Ini Perodua Alza Facelift 2018?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply