ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Adakah treler ini mengangkut SUV Perodua?

Views

Panas, panas! Pada ketika seluruh warga Malaysia sedang menikmati malam Ambang Merdeka dan menantikan kiraan detik 12 tengah malam untuk melaungkan kata-kata keramat “Merdeka”, sebuah treler sedang mengangkut beberapa unit kenderaan misteri yang berselimut telah berjaya dikesan. Rakan pembaca kami Emy Abdullah telah berjaya menangkap dua foto ini sebentar tadi setelah melihat kelibat treler ini keluar dari kilang Perodua di Rawang.

Menurutnya, kenderaan misteri yang berselimut ini mempunyai susuk tubuh seperti SUV kerana ia agak tinggi. Kami segera melakukan forensik foto dan berjaya melihat ada beberapa perincian seperti di bahagian bawah bampar dua tona dengan sedikit kemasan krom yang agak berbeza dengan foto Alza facelift yang telah kami kongsikan semalam.

JOM BACA >> Proton Perdana FL Concept 2018

Kenderaan misteri ini juga memang mempunyai lega tanah yang agak tinggi dan panjangnya seperti MPV tujuh tempat duduk. Jika benar ini adalah SUV Perodua yang baharu, ke manakah destinasinya nanti? Adakah akan dibawa ke makmal MIROS untuk melakukan ujian perlanggaran rasmi atau ia bakal membuat kejutan dengan muncul semasa perbarisan Hari Kebangsaan pagi esok.

Yang pasti ia bukan dihantar ke bilik pameran dan dilancarkan dalam masa terdekat sebab kami masih belum menerima sebarang jemputan ke majlis perasmian model Perodua buat masa ini. Kami serahkan kepada anda untuk ‘membawang’ dan membuat spekulasi. Usah biarkan hidup anda diselubungi, misteri….

Selamat menyambut Hari Kebangsaan. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

JOM BACA >> Adakah Ini Perodua Alza Facelift 2018?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply