ARKIB

KATEGORI

Buletin

Misteri bau busuk dalam but Honda City terungkai, rupanya mayat kontraktor yang mati dibunuh

Berita Tempatan

Views

Bau busuk pada but sebuah kereta yang ditinggalkan di tepi jalan membongkar penemuan mayat seorang kontraktor binaan hampir reput dalam kejadian di Taman Sri Orkid Seksyen 30, di Shah Alam semalam.

Mayat lelaki warga Indonesia berusia 47 tahun itu dijumpai kira-kira pukul 3.25 petang selepas menerima panggilan daripada orang awam yang melalui lokasi tersebut.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol berkata, pemeriksaan mendapati mayat tersebut telah dibungkus dengan plastik hitam sebelum diletakkan pada kereta jenis Honda City berwarna hitam yang didaftarkan atas nama mangsa.

Katanya, kenderaan tersebut pula dipercayai telah berada kira-kira dua atau tiga hari di lokasi berkenaan. Mayat mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Susulan itu, polis kemudiannya menahan empat suspek termasuk seorang wanita warga Indonesia berusia 40-an kira-kira pukul 7 petang hari sama berhampiran lokasi kejadian.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati motif pembunuhan disyaki cemburu namun siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihaknya.

Kesemua suspek kini direman bermula hari ini sehingga 10 Julai depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply