ARKIB

KATEGORI

Tular

Pengusaha bengkel jual Kancil harga RM1, niat bantu warga emas

Tular

Views

Seorang pengusaha bengkel kenderaan dekat Durian Tunggal di Melaka, hanya mengenakan bayaran RM1 kepada ibu tunggal, Jamilah Mazaki, 70, ketika menjual sebuah kereta Perodua Kancil bagi memudahkan urusan harian warga emas itu yang juga pembuat rempeyek.

Berita Harian melaporkan, pengusaha bengkel terbabit, Shikh Muhammad Makhdad Haron, 49, berkata pada awalnya Jamilah datang bertemunya sambil memaklumkan mahu membeli sebuah kereta, namun tidak mempunyai wang mencukupi tetapi sanggup membayar ansuran secara bulanan.

Katanya, bagaimanapun sebagai warga emas, sudah pasti tiada institusi kewangan yang bersedia memberi pinjaman kepada wanita terbabit.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Tambahnya, simpati dengan keadaannya yang terpaksa mengguna perkhidmatan e-hailing serta menumpang orang ketika membeli keperluan bagi membuat rempeyek dan keluar bekerja di kedai makan, dia berusaha mencari sebuah kenderaan terpakai.

Akhirnya dia menemui seseorang pemilik Perodua Kancil yang tersadai dan sudi menginfak kenderaan itu untuk kegunaan Jamilah. Namun, pemilik terbabit tidak mahu menonjolkan dirinya.

Dia kemudiannya membawa kereta berkenaan pulang ke bengkel sebelum memperbaiki keadaannya sehingga pulih dan selamat untuk digunakan semula.

Alhamdulillah, hasil sumbangan rakan bengkel dan komuniti termasuk bagi menggantikan peralatan rosak, kerja baik pulih, insurans dan urusan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) amat dihargai dalam merealisasikan impian warga emas ini,” katanya.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Makhdad berkata, harga RM1 hanya dikenakan kepada wanita berkenaan sebagai tanda kasih sayang dalam usaha membantu individu yang memerlukan.

Katanya, walaupun menghadapi pelbagai cabaran termasuk hampir tertangguh beberapa bulan, akhirnya kereta itu dapat diserahkan kepada Jamilah.

Sementara itu, Jamilah melahirkan rasa terharu dengan infak kereta yang diterima itu kerana memudahkan urusan hariannya.

Beliau berkata, dia tidak menduga memperoleh kereta berkenaan dengan hanya membayar RM1 sahaja yang tidak pernah terfikir olehnya sebelum ini. Kata Jamilah, hanya Allah yang mampu membalas jasa semua pihak dan setiap individu yang membantu memenuhi impiannya ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Shikh Mohd Makhdad

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply