Sejak dilancarkan pada bulan Mac 2022, Volvo Car Malaysia menerima lebih 400 tempahan untuk kenderaan elektrik penuh, iaitu XC40 Recharge Pure Electric setakat ini. Sebanyak 120 unit telah pun diserahkan kepada para pemiliknya di seluruh negara.
Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump, berkata jumlah jualan yang menggalakkan menjadi batu loncatan dalam perjalanan mereka ke arah elektrik sepenuhnya.
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
Disebabkan oleh permintaan yang tinggi, Volvo Car Malaysia mengumumkan bahawa, permintaan untuk pesanan secara dalam talian untuk XC40 Recharge Pure Electric model tahun 2022 kini ditutup.
Pesanan hanya akan diambil semula selepas pengenalan Model Tahun 2023. Butiran lanjut akan diumumkan tidak lama lagi.
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
XC40 Recharge Pure Electric menampilkan penjana kuasa pacuan semua roda elektrik sepenuhnya yang menawarkan jarak pemanduan sehingga 418 km.
Ia ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Black Stone, Crystal White Pearl, Denim Blue, Glacier Silver dan Sage Green.
Para pembeli yang berminat boleh menempah pandu uji melalui www.volvocars.com/my atau menghubungi mana-mana pengedar sah Volvo yang berhampiran.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t
KOMEN TERKINI