ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Jika ada model baharu Proton Arena@Jumbuck 2022, rekaan Theophilus Chin ini yang paling ‘ngam’!

Impresi Artis

Views

Kami percaya, ada di antara pembaca laman ini ‘merindui’ karya terbaharu dari sahabat kami Theophilus Chin kan? Pakar pemanipulasi digital ini tanpa rasa jemu dan dengan ‘kerajinan’ luar biasanya, maka terhasillah karya terbaharu iaitu model ute, Proton Arena@Jumbuck 2022.

Jika model Proton menghasilkan Arena@Jumbuck versi asal dengan menggunakan asas model Wira, Theo pula menggunakan model sedan segmen-A, Saga 2022 (MC2) yang baharu sahaja dilancarkan pada bulan lepas sebagai asas rekaannya.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Saga 2022 (MC2) telah diolah bentuk badannya menjadi sebuah pikap kecil atau ute, dan jika anda perasan, Theo telah menggabungkan elemen gaya crossover Iriz Active seperti kemasan bampar, lapik lengkung tayar dan skirting sisi pada model rekaannya itu.

Kombinasi ini sangat sesuai, sekali gus memberikan visual ‘gaya lasak’ pada Arena@Jumbuck 2022. Pada bahagian bumbungnya juga diletakkan beberapa ‘sirip kecil’ yang  mungkin meningkatkan aerodinamik selain memberikan gaya lebih sporty.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Dari arah belakang, Theo masih mengekalkan bentuk asal lampu Saga 2022 (MC2), namun ia telah dikerat sebahagiannya. Rekaan pintu belakang nampak lebih ringkas dengan jejalur kemasan hitam dengan perkataan Proton, manakala di bawahnya tertera nama model ‘Jumbuck’.

Kemasan bampar belakang juga kelihatan seperti ‘kacukan’ dari model Saga 2022 (MC2) dan juga Iriz Active. Tidak ketinggalan Theo turut meletakkan beberapa palang besi kemasan hitam di bahagian belakang cermin. Untuk melihat proses mereka bentuk model ini, anda boleh menontonnya di bawah.

Apa pendapat anda tentang Proton Arena@Jumbuck 2022 rekaan Theophilus Chin?

Proton Arena/Jumbuck

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply