ARKIB

KATEGORI

Buletin

VPCM tawar diskaun untuk model terpilih sehingga RM4k sempena ketibaan Tahun Arnab

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) meraikan ketibaan Tahun Arnab dengan tawaran perayaan yang menarik untuk semua pelanggannya.

Bermula 1 Januari hingga 28 Fabruari 2023, peminat Volkswagen akan menikmati penjimatan Tahun Baharu Cina sehingga RM4,000 ke atas model-model terpilih termasuklah Golf GTI, keluarga Tiguan Allspace (Life, Elegance dan R-Line) serta Arteon R-line 4MOTION.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Semua pengedar Volkswagen di seluruh negara akan mengadakan sambutan Tahun Baharu Cina di bilik pameran mereka pada 7 dan 8 Januari dengan tawaran serta pandu uji untuk semua model, terutama keluarga Tiguan Allspace.

Selain itu, pemeriksaan kenderaan secara percuma turut disediakan di pusat-pusat servis bertauliah. Para pemilik kenderaan dijemput untuk membuat temu janji servis menerusi aplikasi Volkswagen Cares.

Pada masa sama, pelanggan Volkswagen perlu memanfaatkan sepenuhnya kempen selepas jualan Volkswagen Genuine Services yang bermula pada 1 Januari hingga Mac 2023.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Sepanjang tempoh kempen ini, pelanggan yang berbelanja minimum RM800 di mana-mana pusat servis Volkswagan akan menerima baucar barangan rasmi bernilai RM30 dan antara yang barangan paling diminati adalah kerusi santai Volkswagen.

Bagi pelanggan Volkswagen Care Plus (VCP) pula, mereka anda akan menerima satu kit nyahkuman secara percuma dengan setiap servis dan penggunaan baucar diskaun servis VCP yang ditawarkan dalam aplikasi Volkswagen Cares.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.volkswagen.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply