ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu daftar paten model kembar Toyota Vios (D92A) di Indonesia, bakal di’tukar lencana’ ke?

Berita Tempatan

Views

Anak syarikat Toyota, Daihatsu telah mendaftar mendaftar paten reka bentuk sebuah model sedan yang mirip seperti Vios @ Yaris Ativ (D92A) di Indonesia.

Menurut rakan media kami di WapCar, maklumat tersebut diperolehi dari Warta Rasmi Reka Bentuk Perindustrian No.44 / DI / 2022 DJKI Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia di negara republik tersebut.

Nama dan pemohon paten reka bentuk industri tersebut adalah Daihatsu Motor Co., LTD, yang berpangkalan di 1-1 Daihatsu-Cho, Ikeda-Shi, Osaka, Jepun.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Reka bentuk paten kereta sedan itu telah pun difailkan pada 20 Disember 2022 dan pengumuman rasmi hanya dibuat pada 30 Disember 2022.

Meskipun ia kelihatan seperti Vios @ Yaris Ativ (D92A), tiada butiran lanjut berhubung dengan rangkaian kuasanya, sama ada jenis enjin mahupun pilihan variannya.

Kami juga tidak pasti sama ada Daihatsu akan ‘menukar lencana’ Toyota pada model ini ataupun tidak dan untuk pengetahuan anda, namakod yang digunapakai projek model sedan itu sebenarnya datang dari Daihatsu sendiri.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Model konsep Vios @ Yaris Ativ (D92A) telah membuat penampilan sulungnya semasa pameran Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2017 dan pada ketika itu ia dikenali sebagai Daihatsu DN F-Sedan.

Setakat ini, tiga negara di rantau ASEAN telah pun ‘merasa’ model terbaharu Vios ini, antaranya Thailand, Laos dan juga Indonesia.

Di Indonesia, Vios generasi keempat yang dibina dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) ditawarkan dalam tiga pilihan varian, iaitu E, G CVT dan G CVT TSS.

Kesemua varian dikuasakan oleh enjin 1.5L NA 2NR-VE yang menjana 106 PS dan 138 Nm daya kilas. Enjin ini disambungkan dengan pilihan sama ada transmisi manual 5-kelajuan dan CVT dengan pilihan mod pemanduan Eco/Power.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit WapCar

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply